• GREENPRENEUR

    GREENPRENEUR adalah syarikat pengedar gas yang sah dari PETRONAS untuk menjual,mengedar,menyimpan dan membuka jaringan perniagaan disekitar kawasan Pontian dan Gelang Patah. Kami berhasrat untuk mengembangkan sehingga seluruh Negeri johor dan Malaysia amnya

  • STOR PENYIMPANAN GAS

    Stor penyimpanan gas yang amat sistematik memastikan agar bekalan gas bagi kawasan Pontian dan Gelang Patah akan dapat dihantar dan keperluan dipenuhi oleh masyarakat setempat

  • APA ITU LPG

    LPG merupakan singkatan untuk ‘Liquefied Petroleum Gas’ yang dihasilkan daripada gas hidrokarbon yang terdiri daripada Propana (C3H8) dan Butana (C4H10). Di dalam keadaan suhu dan tekanan yang asal, LPG berada di dalam bentuk gas. Untuk memudahkan proses pemyimpanan dan juga pengangkutan, ianya telah diubahsuai menjadi cecair melalui proses pemampatan ataupun penyejukan

  • TIPS KESELAMATAN

    Bila mengubah tong gas ANDA, pastikan berikut: Tiada api berdekatan Dapur gas dipadamkan dan injap ditutup Tong gas dialih dengan berhati-hati

  • Tawaran Pengedaran

    Tawaran Pengedar Kepada semua restoran dan kedai-kedai runcit untuk menjadi pengedar kami yang sah untuk memenuhi kehendak dan keperluan di kawasan Pontian dan Gelang Patah. Sila hubungi pihak kami untuk perundingan. Sistem pengedaran yang sistematik dari greenpreneur membuatkan kami adalah sentiasa berada di nombor satu dihati para pelanggan.


Powered by Blogger.

Sunday 20 March 2011

LPG

Posted by Persada Rimba BFF Perfumes On 20:32

LPG merupakan singkatan untuk ‘Liquefied Petroleum Gas’ yang dihasilkan daripada gas hidrokarbon yang terdiri daripada Propana (C3H8) dan Butana (C4H10). Di dalam keadaan suhu dan tekanan yang asal, LPG berada di dalam bentuk gas. Untuk memudahkan proses pemyimpanan dan juga pengangkutan, ianya telah diubahsuai menjadi cecair melalui proses pemampatan ataupun penyejukan. LPG pada asalnya tidak mempunyai warna dan bau. Walaubagaimanapun, untuk tujuan keselamatan, sejenis bau telah ditambahkan kepada LPG bagi memudahkan kita mengenalpasti sekiranya terjadi sebarang kebocoran gas.
Ianya digunakan secara meluas di rumah-rumah bagi tujuan pemanasan contohnya di ketuhar, dapur masak dan juga pemanas air. Ianya juga digunakan di dalam industri besi dan keluli, industri aerosol, pembuatan kaca dan seramik, dan pembuatan tiub kuprum dan kabel.
PDB memasarkan LPG di bawah jenama "Gas PETRONAS". Ia didatangkan dengan tiga saiz silinder yang sesuai untuk kedua-dua kegunaan domestik dan juga industri kecil & sederhana (SMI). Silinder ini terdapat dalam tiga jenis saiz iaitu 12, 14 dan 50 kg. Silinder 12 dan 50kg diwarnakan dengan warna korporat PETRONAS iaitu hijau, manakala bagi silinder 14kg, ianya dicat dengan warna merah di bahagian atas bagi membezakannya dengan silinder yang bersaiz 12kg.
Bagi kegunaan sektor industri berat, Gas PETRONAS dijual di dalam bentuk tangki yang bersaiz besar. Pelanggan Gas PETRONAS di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor kini boleh menghubungi MESRALINK (Toll Free: 1-300-88-8181/8282) bagi mendapatkan lebih informasi mengenai produk dan perkhidmatan yang disediakan.Servis kami disediakan sehingga jam 11 malam, di mana anda boleh menelefon untuk mendapatkan maklumat mengenai pengedar Gas PETRONAS yang terdekat dan juga mendapatkan tips-tips keselamatan. Anda juga boleh menyalurkan aduan dan juga memberi maklum balas mengenai perkhidmatan kami di sini. Gas PETRONAS MESRALINK terdapat dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan juga Mandarin.